Mars Privacy Policy | Mars
Pernyataan Privasi Kami

Bagaimanakah pernyataan privasi ini digunapakai?

Pernyataan privasi ini digunapakai terhadap maklumat peribadi anda yang dikumpulkan melalui laman-laman web, aplikasi-aplikasi mudah alih dan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk lain yang mengumpul data dan mempamerkan pernyataan kepunyaan Mars, Incorporated dan ahli keluarga syarikatnya ini.Pernyataan ini tidak terpakai kepada laman-laman web entiti-entiti tersebut, aplikasi-aplikasi mudah alih dan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk lain yang tidak mempamerkan atau menyediakan pautan kepada pernyataan privasi ini atau yang mempunyai pernyataan privasi mereka yang tersendiri. Pernyataan privasi ini digunapakai terhadap maklumat peribadi anda, iaitu mana-mana maklumat atau kombinasi maklumat yang boleh mengenalpasti anda secara munasabah.

Amalan-amalan privasi kami adalah konsisten dengan undang-undang perlindungan data. kami bekerjasama dengan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi sekiranya kami percaya bahawa masalah privasi berlaku.

Apakah maklumat yang kami kumpul?

Kami mungkin mengumpul pelbagai maklumat yang anda bekalkan kepada kami, termasuk butir-butir perhubungan peribadi dan maklumat yang berkaitan dengan pembelian , penggajian atau demografi anda.

  1. Butir-butir perhubungan peribadi termasuk maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel sebagaimana yang anda bekalkan kepada kami melalui pendaftaran dalam talian; sesetengah laman web membenarkan anda mewujudkan nama pengguna dan kata laluan untuk menubuhkan akaun.

  2. Maklumat berkaitan dengan pembelian termasuk data berkaitan pembelian yang anda buat melalui laman-laman web kami, termasuk maklumat kad pembayaran dan butir-butir penghantaran.

  3. Maklumat berkaitan dengan penggajian termasuk pilihan kerja yang anda nyatakan, sejarah penggajian dan maklumat yang dibekalkan melalui permohonan yang dihantar kepada kami dalam talian.

  4. Maklumat demografi termasuk data seperti umur, jantina, hobi atau maklumat aktiviti, cita rasa atau maklumat berkaitan dengan keutamaan anda, dan mana-mana yang serupa dengannya.

Kami mungkin mengumpul maklumat anda daripada sumber-sumber lain, termasuk senarai-senarai perhubungan dan maklumat demografi daripada pihak ketiga dan sumber-sumber lain. Data ini mungkin digabungkan dengan maklumat lain yang kami kumpul.

Kami juga mungkin mengumpul sesetengah jenis maklumat yang lain secara automatik:

  1. Alamat protokol internet (IP) anda atau pengenalpasti peranti, sistem operasi peranti anda, jenis pelayar, laman-laman web yang anda kunjungi sebelum atau selepas anda mengunjungi laman web kami, halaman-halaman yang dilawati dan aktiviti-aktiviti pada laman web kami, serta interaksi anda dengan iklan-iklan.

  2. Rakan-rakan kongsi perkhidmatan dan pengiklanan pihak ketiga juga mungkin mengumpul maklumat secara automatik.

  3. Dapatkan maklumat lanjut tentang amalan-amalan pengumpulan kami di Bagaimana kami menggunakan cookies dan petunjuk-petunjuk web.

Semua maklumat yang kami minta daripada anda adalah wajib untuk anda bekalkan oleh anda melainkan dinyatakan sebaliknya.

Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat yang wajib, kami mungkin tidak dapat:

  1. membekalkan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan yang relevan.

  2. memproses permintaan atau permohonan yang relevan.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?

Kami boleh menggunakan maklumat anda untuk pelbagai tujuan termasuk: membekalkan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta; untuk mengendalikan promosi-promosi (cabutan bertuah, pertandingan-pertandingan dan tawaran-tawaran); untuk berkomunikasi dengan anda; untuk menyampaikan pengiklanan; untuk menambahbaikkan laman-laman web kami, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan; dan mana-mana tujuan perniagaan lain yang sah.

  1. Membekalkan ciri-ciri, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta: Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpul daripada anda untuk memenuhi permintaan anda dan membolehkan anda menggunakan ciri-ciri, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

  2. Pendaftaran, pertandingan dan promosi: Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk memasukkan anda ke dalam pertandingan-pertandingan, untuk memaklumkan keputusan kepada anda dan untuk memasukkan anda untuk sesetengah ciri-ciri, produk dan perkhidmatan.

  3. Untuk berkomunikasi dengan anda dan membekalkan anda dengan maklumat: Kami mungkin menggunakan maklumat untuk berkomunikasi dengan anda, untuk membalas pertanyaan atau komen-komen anda, untuk membekalkan anda dengan laporan kemas kini dan berita-berita dan mengingatkan anda sekiranya jawatan kosong yang sesuai dengan profil anda timbul (sekiranya anda membekalkan resume anda). Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk membekalkan anda dengan kandungan dan maklumat yang diperibadikan dan menghantar risalah-risalah, kupon-kupon, contoh-contoh, tawaran-tawaran dan mana-mana maklumat mengenai produk-produk atau ahli keluarga syarikat kami kepada anda. Kami meminta pelawat-pelawat untuk membekalkan alamat-alamat emel untuk menyatakan sama ada mereka ingin menerima maklumat lanjut atau laporan kemas kini daripada kami atau laman web kami dan hanya mereka yang memintanya sahaja akan menerima komunikasi susulan daripada kami. Kami juga mungkin bertanya sekiranya anda ingin menerima maklumat daripada produk-produk lain yang sedia ada daripada ahli-ahli keluarga syarikat kami.

Kami juga menawarkan kepada pelawat-pelawat pilihan untuk “pilih keluar” pada bila-bila masa sekiranya mereka ingin berhenti daripada menerima emel atau maklumat lain daripada kami.

  1. Untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan kepada anda: kami mungkin membeli dan menggunakan senarai-senarai e-mel “pilih masuk” untuk menghubungi pelanggan-pelanggan yang berpotensi yang kami percaya mungkin berminat dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan daripada ahli keluarga syarikat Mars. Kami akan menghormati permintaan-permintaan untuk “pilih keluar” dan meminta mereka yang membekalkan senarai-senarai ini untuk memberi jaminan kepada kami bahawa maklumat perhubungan e-mel hanya dibekalkan untuk pelanggan-pelanggan yang telah menyatakan minat dan kehendak mereka untuk menerima tawaran-tawaran dan maklumat melalui e-mel. Kami juga mungkin menggunakan demografi dan maklumat keutamaan untuk membolehkan pengiklanan berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mars yang disasarkan kepada pengguna-pengguna yang paling berkaitan. Ini direka sebegini supaya pengguna-pengguna boleh melihat iklan yang paling diminati oleh mereka, dan pengiklan-pengiklan boleh memaparkan iklan mereka kepada golongan yang paling reseptif. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan amalan-amalan pengiklanan kami, sila lihat Apakah polisi kami berkaitan dengan pengiklanan dalam talian berdasarkan minat di bawah.

  2. Untuk membekalkan anda dengan tawaran-tawaran lain. Sebagai contoh, kadang-kadang jenama-jenama kami akan membuat tawaran, kupon dan maklumat, termasuk katalog-katalog yang dibekalkan kepada anda melalui pos. Sebagai contoh, apabila pelanggan-pelanggan membuat pesanan dalam talian dalam kedai-kedai katalog kami atau mendaftar untuk mana-mana satu katalog dalam talian kami, kami akan memasukkan nama mereka ke dalam senarai untuk menerima katalog tersebut. Kami juga mungkin menggunakan senarai-senarai yang kami terima daripada pihak-pihak ketiga atau sumber-sumber awam untuk menghantar maklumat ini kepada anda dan, seperti yang kami lakukan dengan rutin dalam katalog perniagaan, pertukaran nama dan alamat pelanggan-pelanggan katalog kami (tetapi bukan alamat emel sekiranya tiada persetujuan) dengan syarikat-syarikat katalog lain yang juga mungkin menghubungi anda melalui pos. Anda boleh “pilih keluar” daripada menerima komunikasi luar talian daripada jenama-jenama kami pada bila-bila masa.

  3. Untuk menambahbaikkan laman-laman web, ciri-ciri, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpul untuk menambahbaikkan tawaran keluarga produk Mars , perkhidmatan serta laman-laman web dan ciri-ciri kami.

  4. Untuk tujuan-tujuan yang lain. Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk tujuan-tujuan sah yang lain, yang kami akan cuba sedaya upaya untuk mengenal pasti semasa pengumpulan.

Bagaimanakah kami berkongsi dan menzahirkan maklumat anda?

Kami mungkin berkongsi dan menzahirkan maklumat anda:

  1. Dengan Mars dan ahli keluarga syarikat Mars;

  2. Dengan vendor-vendor atau agen-agen. Sebagai contoh, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan syarikat-syarikat yang telah kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan bagi pihak kami. Apabila kami berkongsi maklumat dengan syarikat-syarikat ini untuk membekalkan perkhidmatan bagi pihak kami, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakannya untuk tujuan-tujuan yang lain dan mesti menyimpannya secara sulit melainkan anda membenarkan sebaliknya.

  3. Apabila maklumat anda mungkin dipindahkan bersama dengan aset-aset perniagaan yang lain.

Kami mungkin juga berkongsi atau menzahirkan maklumat peribadi anda, termasuk kandungan komunikasi anda:

  1. Untuk mematuhi undang-undang atau membalas proses undang-undang atau permintaan sah, termasuk daripada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dan kerajaan.

  2. Untuk menjalankan siasatan aduan-aduan pelanggan atau pelanggaran undang-undang yang mungkin berlaku, untuk melindungi integriti laman web, untuk memenuhi permintaan-permintaan anda atau untuk bekerjasama dalam mana-mana siasatan undang-undang.

  3. Untuk melindungi hak-hak atau harta ahli keluarga syarikat Mars atau pelanggan-pelanggan kami, termasuk menguatkuasakan terma-terma yang mentadbir penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

  4. Untuk bertindak atas kepercayaan niat baik bahawa akses atau penzahiran adalah diperlukan untuk melindungi keselamatan rakan-rakan, pelanggan-pelanggan kami atau orang awam.

Sila ambil perhatian bahawa laman-laman web kami mungkin meliputi pautan-pautan ke laman-laman

web pihak ketiga yang amalan-amalan privasi mereka mungkin berbeza dengan amalan privasi kami. Sekiranya anda membekalkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana laman-laman web tersebut, maklumat anda adalah ditadbir oleh polisi-polisi privasi yang terdapat dalam laman-laman web tersebut. Kami menggalakkan anda untuk mengkaji polisi privasi yang terdapat dalam mana-mana laman web yang anda lawati.

Bagaimanakah dengan privasi kanak-kanak?

Laman-laman web kami adalah direka bentuk terutamanya untuk orang dewasa. Mengikut Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA), kami tidak secara sedar mengumpul atau menyimpan mana-mana maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun , dan laman-laman web syarikat kami tidak direka bentuk untuk mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami mungkin meminta pelawat-pelawat untuk mengisi tarikh lahir untuk menghalang mereka yang tidak cukup umur daripada mengakses sesetengah laman web, bidang atau ciri-ciri.

Sekiranya kami mendapat tahu bahawa kami sedang berurusan dengan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami mungkin akan meminta alamat emel ibubapa mereka dan cuba untuk menghubungi mereka untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut telah mendapat kebenaran untuk membekalkan maklumat peribadi kepada kami. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Nota Khas kepada Ibubapa kami.

Malaysia: Untuk individu di bawah umur 18 tahun, persetujuan ibubapa atau penjaga diperlukan sebelum anda memberi maklumat kepada kami dan kami mungkin memerlukan butir-butir hubungan ibubapa atau penjaga anda untuk mengesahkan persetujuan itu.

Bagaimanakah kami menggunakan teknologi mengesan seperti “cookies”, petunjuk-petunjuk web dan teknologi-teknologi yang lain?

Kami atau penyedia-penyedia perkhidmatan kami atau rakan-rakan kongsi kami menggunakan teknologi seperti cookies dan petunjuk-petunjuk web untuk menawarkan sesetengah fungsi dalam laman web kami, untuk memahami pelawat-pelawat kami dan untuk menawarkan iklan-iklan pada laman-laman pihak ketiga yang tidak bersekutu, kadangkala menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui teknologi pada mana-salah satu laman ahli keluarga web kami dan kadangkala melalui rangkaian pihak ketiga. Pembekal-pembekal perkhidmatan atau penerbit-penerbit mungkin memaparkan iklan-iklan untuk produk-produk kami dalam laman-laman web pihak ketiga yang tidak bersekutu berdasarkan aktiviti-aktiviti dalam talian anda. Kami menyokong program-program kawal-selia sendiri untuk amalan ini, yang juga dikenali pengiklanan berdasarkan minat atau pengiklanan perilaku dalam talian, dan meminta rakan-rakan kongsi kami untuk berbuat yang sama. Ketahui dengan lebih lanjut di bawah Apakah polisi kami berkaitan dengan pengiklanan dalam talian berdasarkan minat? Sila ambil perhatian bahawa pihak-pihak ketiga yang anda mungkin lihat iklan-iklan kami juga mempunyai pernyataan privasi mereka yang tersendiri dan menggunakan teknologi-teknologi yang kami tidak dapat kawal. Kami menggalakkan anda untuk membaca polisi-polisi tersebut dengan teliti.

Apakah itu cookies dan bagaimana kami menggunakannya?

“Cookies” adalah fail-fail data yang dihantar oleh laman web ke komputer anda ketika anda melayari laman web tersebut. Fail-fail data ini meliputi maklumat yang membolehkan laman web Kami untuk mengingati maklumat penting yang membolehkan penggunaan laman web menjadi lebih berkesan dan berguna kepada anda. Laman-laman web kami menggunakan cookies untuk pelbagai tujuan.

Pelawat-pelawat laman-laman web kami menggunakan pelayar web yang berlainan dan komputer-komputer berlainan. Untuk membolehkan lawatan anda semudah mungkin dengan teknologi yang anda guna, kami, secara automatik, akan menyimpan maklumat seperti jenis pelayar (e.g. Internet Explorer, Safari atau Firefox) dan sistem operasi (e.g. Windows, Mac-OS X) yang digunakan oleh pelawat, alamat IP, nama domain penyedia perkhidmatan Internet pelawat, laman-laman web yang pernah dikunjungi sebelum dan selepas melayari laman web kami, halaman-halaman yang dilayari dan aktiviti-aktiviti pada laman web kami, dan iklan-iklan yang anda lihat atau klik. Kami juga mengesan jumlah nombor pelawat-pelawat laman web kami dalam bentuk agregat untuk membolehkan kami mengemas kini dan menambahbaikkannya. Maklumat perhubungan peribadi tidak diekstrak dalam proses ini. Maklumat ini membolehkan kami mengetahui sekiranya pelawat-pelawat memilih sesetengah ciri-ciri tertentu atau bidang-bidang yang lain, yang membolehkan kami mengekalkan laman web kami segar dan menarik bagi majoriti pelawat kami.

Teknologi cookie membantu kami menyampaikan kandungan yang disesuaikan untuk minat-minat pelawat dan membolehkan kami membuat pesanan produk-produk, kemasukan dan penyertaan dalam cabutan-cabutan bertuah dan pertandingan-pertandingan, dan menawarkan fungsi-fungsi lain pada laman web kami dengan menjadikannya lebih mudah bagi pelawat-pelawat. Laman-laman web yang menawarkan beli-belah dalam talian menggunakan cookies untuk mengingati dan memproses barang-barang dalam troli beli-belah anda. Setakat mana yang dibenarkan, kami mungkin mengaitkan maklumat peribadi dengan fail cookie dalam keadaan-keadaan sebegini.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin membenarkan pihak-pihak ketiga untuk memaparkan iklan mereka pada laman-laman web kami. Sesetengah pihak ketiga mungkin menempatkan cookies pada komputer anda untuk tujuan-tujuan pengiklanan. Kami tidak mengawal cookies pihak ketiga. Sesetengah syarikat-syarikat ialah ahli-ahli Network Advertising Initiative (NAI), yang menawarkan satu lokasi untuk “pilih keluar” daripada cookies mereka. Sila lawati laman web Network Advertising Initiative.

Apakah itu petunjuk-petunjuk web dan bagaimana kami menggunakannya?

Sesetengah laman-laman web kami dan laporan kemas kini e-mel mungkin mengandungi imej-imej elektronik yang dipanggil “petunjuk-petunjuk web” (kadangkala dikenali sebagai GIF satu pixel, GIF jelas atau tag pixel). Petunjuk-petunjuk web membenarkan kami mengira pelawat-pelawat yang telah melayari laman-laman web kami. Dalam mesej-mesej e-mel dan surat berita promosi, petunjuk-petunjuk web membenarkan kami mengira bilangan pelanggan yang telah membacanya. Petunjuk-petunjuk web membenarkan kami membangunkan maklumat statistik berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dan ciri-ciri yang paling diminati oleh pelanggan kami untuk tujuan membekalkan kandungan yang lebih diperibadikan. Petunjuk-petunjuk web tidak digunakan untuk mengakses maklumat peribadi anda tanpa kebenaran.

Bagaimanakah sekiranya anda tidak ingin cookies?

Sekiranya anda tidak mengingini cookies, anda boleh menetapkan komputer anda untuk memberi amaran kepada anda setiap kali satu cookie dihantar atau menutup semua cookies (kecuali cookies Flash) melalui pelayar anda (e.g. Internet Explorer atau Safari). Sila semak menu “Help” pelayar anda untuk mengetahui cara yang betul untuk menukar atau mengemaskinikan cookies anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mengendalikan atau menyahpadamkan cookies Flash, sila lawat Adobe. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda tidak menerima cookies, sesetengah ciri-ciri atau aktiviti-aktiviti mungkin tidak dapat disediakan kepada anda.

Apakah polisi-polisi kami berkenaan dengan pengiklanan berdasarkan minat?

Kami menyokong Prinsip-prinsip Kawal Selia Sendiri untuk Pengiklanan Perilaku Dalam Talian oleh Digital Advertising Alliance di US dan yang diguna pakai kepada pengguna-pengguna US. Maklumat lanjut mengenai Prinsip-prinsip ini boleh didapati di sini.

Iklan-iklan yang kami pamerkan dalam talian menggunakan data berdasarkan minat adalah dijangkakan untuk disampaikan melalui Ikon Pilihan Pengiklanan untuk membantu pengguna-pengguna memahami cara data mereka dikumpulkan dan digunakan dan untuk memberi pilihan kepada pengguna-pengguna yang mengingini kawalan yang lebih banyak. Ikon tersebut adalah seperti berikut:

logo

Dengan mengeklik Ikon tersebut apabila ia dipaparkan, anda boleh mengkaji maklumat (dan mengikuti maklumat) berkenaan dengan iklan-iklan dalam talian berdasarkan minat, termasuk sesiapa yang mengumpul dan menggunakan data dalam talian anda, cara anda boleh “pilih keluar” daripada menerima iklan-iklan sebegini dan lain-lain.

Bagaimanakah kami menyampaikan iklan-iklan melalui pengiklanan dalam talian berdasarkan minat?

Kadangkala kami mempamerkan iklan-iklan kami dalam rangkaian laman-laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh kami dan laman-laman web pihak ketiga. Apabila anda melawati mana-mana satu laman web kami atau melayari iklan-iklan yang kami sampaikan di tempat lain dalam talian, anda boleh melihat jenis-jenis iklan yang berbeza, seperti iklan teks bersebelahan dengan keputusan carian atau iklan video dalam halaman-halaman web. Kadangkala, iklan-iklan ini adalah berdasarkan kandungan halaman yang dipaparkan. Pada waktu lain, iklan-iklan ini adalah dijana dengan menyesuaikan sesuatu iklan kepada minat anda seperti yang disimpulkan daripada aktiviti-aktiviti dalam talian anda yang telah dikumpulkan dari masa ke masa. Melalui pengiklanan berdasarkan minat, tujuannya adalah untuk mempamerkan iklan-iklan yang paling relevan kepada anda.

Untuk membuat ini, kami dan sesetengah syarikat-syarikat pengiklanan pihak ketiga kami menggunakan teknologi-teknologi seperti cookies dan petunjuk-petunjuk web untuk mengumpul maklumat daripada interaksi anda dengan laman-laman web kami dan laman-laman web pihak ketiga (“Data Dalam Talian”). Data Dalam Talian ini secara keseluruhannya tidak mengenal pasti anda kepada kami secara peribadi dan, secara amnya, adalah diagregatkan dengan data yang lain untuk menghasilkan segmen – kumpulan pengguna dan sesetengah kategori minat am yang kami telah simpulkan berdasarkan pelbagai faktor (seperti contoh, “peminat sukan”). Data Dalam Talian boleh termasuk:

  1. Laman-laman web, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang anda layari dan pautan-pautan yang anda klik ketika menggunakan laman-laman web kami dan perkhidmatan-perkhidmatan kami serta laman-laman web pihak ketiga;

  2. E-mel kami yang anda lihat dan pautan-pautan yang anda klik dalam e-mel tersebut;

  3. Sama ada anda layari atau klik iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda;

  4. Data demografi atau minat, termasuk lokasi am geografi yang diperoleh daripada alamat IP anda;

  5. Data pembelian luar talian yang mungkin digabungkan dengan Data Dalam Talian untuk menghasilkan profil yang lebih baik berkenaan dengan minat anda atau pilihan utama pembelian anda; dan

  6. Terma-terma carian yang anda masukkan apabila menggunakan sesetengah perkhidmatan carian.

Kami dan rakan-rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami menggunakan Data Dalam Talian untuk memberi gambaran yang lebih tepat berkenaan dengan minat-minat pengunjung-pengunjung yang kami berinteraksi – termasuk anda – supaya kami boleh memaparkan iklan-iklan yang lebih relevan dengan minat-minat tersebut.

Selanjutnya, rakan-rakan kongsi pihak ketiga kami menggunakan Data Dalam Talian untuk pelbagai tujuan, termasuk (a) bersamaan dengan pengiklanan yang dipaparkan dalam laman-laman web kami atau laman-laman web lain, (b) untuk laporan trafik laman web, statistik, data pengiklanan dan interaksi-interaksi lain dengan iklan dan laman-laman web yang mana mereka telah disampaikan, dan (c) untuk mengkaji keberkesanan iklan-iklan berdasarkan laman web atau e-mel.

Mengapakah anda ingin menerima iklan berdasarkan minat?

Pengguna-pengguna suka menerima iklan-iklan berdasarkan minat atas pelbagai sebab. Iklan-iklan berdasarkan minat adalah berguna kerana ia lebih disesuaikan kepada minat-minat tertentu anda. Sebagai contoh, pemilik-pemilik kucing mungkin lebih kerap melihat iklan berkenaan dengan makanan kucing dan kurang iklan berkenaan dengan perkhidmatan perapian anjing. Iklan-iklan berdasarkan minat juga adalah lebih berguna dalam membantu anda menemui produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang relevan dengan anda dan minat-minat anda. Sebagai contoh, pemilik-pemilik anjing mungkin melihat satu iklan berkenaan dengan produk terbaru perapian anjing, manakala pemilik kucing mungkin lebih berpeluang untuk melihat iklan untuk penyelesaian bebulu tumbuhan kucing yang terbaru. Secara ringkas, penerimaan iklan-iklan berdasarkan minat boleh membantu untuk menambahbaikkan akses anda kepada produk-produk baru, perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri yang paling relevan kepada anda, yang seterusnya boleh membantu untuk menambahbaikkan pengalaman kehidupan dan sosial anda. Anda juga tidak akan melihat iklan-iklan yang sama secara berterusan daripada kami atas sebab kekerapan anda melihat sesuatu iklan berdasarkan minat adalah terhad. Dengan memilih keluar daripada iklan-iklan berdasarkan minat ini, anda akan hilang semua manfaat ini.

Bagaimanakah anda boleh pilih keluar daripada menerima iklan-iklan berdasarkan minat daripada kami?

Sekiranya anda tidak ingin laman web ini untuk menunjukkan iklan-iklan berdasarkan minat kepada anda, anda boleh “pilih keluar” dengan mengikut arahan-arahan di sini. Sekiranya anda tidak ingin menerima iklan-iklan berdasarkan minat daripada mana-mana laman-laman US kami, anda perlu klik pautan AdChoices di dalam seksyen nota kaki laman web tersebut. Sila ambil perhatian bahawa, dengan memilih keluar, ia tidak bermakna bahawa anda tidak akan melihat iklan-iklan daripada kami dalam talian. Ia hanya bermakna bahawa iklan-iklan dalam talian daripada kami yang anda lihat tidak akan dipaparkan berdasarkan minat anda.

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami membenarkan teknologi dalam laman web kami untuk mengumpul Data Dalam Talian daripada anda seperti interaksi anda dengan laman web kami, sila klik pautan di bawah halaman utama kami.

Apakah lagi yang perlu anda ketahui?

Di manakah maklumat anda disimpan dan diproses?

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh laman-laman web kami dan perkhidmatan-perkhidmatan kami mungkin disimpan dan diproses di United States atau mana-mana negara yang kami atau sekutu-sekutunya, subsidiari-subsidiari atau penyedia-penyedia perkhidmatan kami mengekalkan kemudahannya.

Pelayan-pelayan dan pangkalan-pangkalan data yang maklumat disimpan mungkin ditempatkan di luar negara daripada yang anda mengakses laman web ini dan dalam suatu negara yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang serupa dengan negara kediaman anda. Maklumat peribadi yang anda bekalkan kepada kami mungkin dihantar ke luar negara, tetapi kami akan mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat peribadi anda hanya mengikut pernyataan privasi ini sahaja. Pertanyaan berkaitan dengan penggajian juga mungkin dihantar kepada mana-mana syarikat-syarikat keluarga Mars. Dengan melawati laman web ini dan membekalkan maklumat, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, penghantaran dan/atau penyimpanan maklumat peribadi anda. Sila ambil perhatian: polisi kami mungkin berbeza mengikut rantau, jadi sekiranya anda melawati satu laman web kami di rantau yang lain, sila semak untuk melihat sama ada pernyataannya adalah spesifik kepada lokasi tersebut.

Bagaimanakah dengan bilik-bilik bual, papan-papan mesej atau mana-mana forum interaksi yang lain?

Kami mungkin menawarkan bilik-bilik bual, papan-papan mesej atau buletin, atau kawasan-kawasan interaktif yang pelawat-pelawat boleh memaparkan komen-komen atau maklumat untuk keseronokan pelawat. Sekiranya terdapat bilik bualan, papan bulletin atau mesej, peluang-peluang rangkaian sosial atau mana-mana kawasan interaktif yang lain yang mana maklumat peribadi boleh dipaparkan dalam laman web, sila pastikan untuk menyemak peraturan-peraturan yang dipaparkan sebelum memasukinya, kerana anda akan diikat oleh peraturan-peraturan ini serta Terma-terma dan Syarat-syarat Am. Peraturan-peraturan untuk penyertaan dalam ciri-ciri interaktif ini mungkin mewujudkan umur dan halangan-halangan lain untuk penyertaan. Apa-apa yang anda paparkan dalam talian ialah maklumat awam, dan kami tidak bertanggungjawab untuk apa-apa yang anda paparkan dengan sukarela dalam talian. Pengguna-pengguna harus berhati-hati apabila menzahirkan maklumat peribadi dalam talian.

Hak untuk mengakses dan membetulkan maklumat anda

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang kami pegang. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda adalah tepat dan dikemaskinikan. Oleh itu kami meminta bahawa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat anda, anda patut memaklumkan secara terus kepada kami.

Bagaimanakah kami melindungi maklumat anda?

Kami telah melaksanakan perlindungan yang administratif, fizikal dan teknikal yang direka bentuk untuk melindungi maklumat anda. Sekiranya beli-belah dalam talian adalah dibenarkan dalam laman web, kami akan menggunakan “Secure Sockets Layer” (SSL) untuk berkomunikasi dengan perisian pelayar anda apabila anda membuat pesanan daripada kami dalam talian dan dengan itu, membekalkan kami dengan maklumat kad bayaran atau mana-mana yang berkaitan. SSL ialah protokol sekuriti standard industri, yang menjadikannya amat susah bagi orang lain untuk memintas transaksi kad kredit anda dan maklumat pesanan yang anda hantar kepada kami apabila mengemukakan pesanan dalam talian anda. Sekiranya tidak, penghantaran maklumat daripada anda kepada kami tidak disulitkan dan tidak selamat.

Tiada langkah-langkah sekuriti yang 100% selamat, walau bagaimanapun, dan justeru kami menggalakkan anda mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi anda dan maklumat anda, termasuk dengan memasangkan perisian anti-virus yang terkini, menutup pelayar setelah menggunakannya, menyimpan kata laluan dan kelayakan log masuk anda secara sulit, dan memastikan bahawa anda mengemas kini perisian dan aplikasi yang anda muat turun dengan kerap untuk memastikan bahawa anda telah membolehkan ciri-ciri sekuriti yang terkini dalam peranti anda.

Perubahan kepada pernyataan privasi ini

Kami mungkin mengemas kini pernyataan privasi ini dari masa ke masa, jadi sila melawati laman web ini dari semasa ke semasa dan menyemak pernyataan ini untuk sebarang perubahan. Kami akan memaklumi anda tentang perubahan material kepada pernyataan privasi ini dengan memaparkan notis ini pada halaman utama kami untuk tempoh yang bersesuaian dan menukar tarikh “Dikemas kini Pada” [(di bawah)]. Penggunaan berterusan anda dengan laman-laman web kami berikutan dengan perubahan-perubahan yang dipaparkan bermakna anda telah menerima terma-terma yang telah diubah.

Apakah yang patut anda lakukan sekiranya anda ada soalan, ingin mengakses, mengemas kini atau memadamkan maklumat anda, atau ingin pilih keluar daripada menerima komunikasi pada masa hadapan?

Sekiranya anda ingin kami mengakses, mengemas kini, mengubah atau memadam maklumat yang kami ada berkenaan dengan anda dalam pangkalan data pemasaran kami (tertakluk kepada mana-mana pengecualian undang-undang), ingin memilih keluar daripada menerima komunikasi lanjut daripada kami, atau mempunyai sebarang soalan berkenaan dengan pernyataan privasi kami, sila klik sini.

Butir-butir hubungan (Malaysia)

[Jawatan orang yang perlu dihubungi]
No. telefon:
No. faks (jika ada):
Alamat emel (jika ada):

Bagaimanakah anda boleh hubungi kami?

Untuk hubungi kami, privacy@effem.com
Alamat surat-menyurat kami adalah: Global Privacy Team, Dundee Road, Slough,
Berkshire SL1 4LG.

Konflik (Malaysia)

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara pernyataan ini dengan versi Bahasa Inggeris yang sepadan dengannya, terma-terma dalam pernyataan Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Apakah Hak Privasi California anda?

Undang-undang California membenarkan penduduk-penduduk California untuk memilih keluar daripada penzahiran maklumat peribadi oleh Mars kepada pihak-pihak ketiga untuk tujuan-tujuan pemasaran langsung. Anda boleh memilih untuk pilih keluar daripada berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga untuk tujuan-tujuan pemasaran pada bila-bila masa dengan mengemukakan permintaan dalam tulisan kepada alamat yang dinyatakan di atas atau dengan menghantar e-mel kepada kami di privacy@effem.com. Sila ambil perhatian bahawa pilihan keluar ini tidak menghalang penzahiran yang dibuat untuk tujuan-tujuan yang tidak berkaitan dengan pemasaran. Undang-undang California juga membenarkan penduduk-penduduk California untuk meminta dan menerima daripada kami, satu kali setiap tahun, tanpa caj, senarai pihak-pihak ketiga (jika ada) yang mana kami telah menzahirkan maklumat peribadi mereka untuk tujuan-tujuan pemasaran langsung untuk tahun kalendar sebelumnya, serta jenis maklumat peribadi yang dizahirkan kepada pihak-pihak tersebut. Sekiranya anda ialah penduduk California dan ingin meminta maklumat ini, sila kemukakan permintaan anda kepada emel di privacy@effem.com atau menulis kepada alamat yang dinyatakan di atas. Permintaan-permintaan melalui telefon atau faks tidak akan diterima. Subjek e-mel atau sampul surat pos dan kandungan permintaan anda mesti termasuk frasa “Hak Privasi California Anda”, dan meliputi nama anda, alamat emel sekiranya anda ingin menerima respons melalui e-mel) atau alamat jalan, bandar, negeri, poskod (sekiranya anda ingin menerima respons melalui pos).

Kali terakhir dikemas kini pada Mac 2014