This Privacy Statement applies to all Mars brands, including Mars veterinary health and diagnostic services brands, listed here.

 

PERNYATAAN PRIVASI KAMI

Kemas kini terakhir: 2 Disember 2022

 Gambaran Keseluruhan

Mars ialah sebuah perniagaan keluarga yang menjadi kebanggaan selama hampir 100 tahun. Kebebasan inilah yang memberikan kami keupayaan untuk mempertimbangkan seluruh generasi, bukan sekadar mengikut suku tahunan, supaya pelaburan perniagaan, para kakitangan dan pengguna, serta planet ini dapat dijamin dalam jangka panjang — segalanya berpandukan Prinsip kami yang bertahan sejak sekian lama. Kami percaya dunia yang kami inginkan pada hari esok bermula dengan cara kami memulakan perniagaan pada hari ini.

Untuk mencetak Pernyataan Privasi ini, sila klik di sini.

Prinsip Privasi Data Kami:

  1. Kami menghargai dan menghormati data peribadi yang diamanahkan kepada kami.
  2. Matlamat kami adalah untuk bersikap telus dan bertanggungjawab dengan cara kami mengurus Data  Peribadi dalam jagaan kami, berpandukan Lima Prinsip kami dan undang-undang.
  3. Kami mematuhi dan menghormati hak privasi yang diberikan kepada pengguna, pelanggan dan pemohon pekerjaan kami.
  4. Kami komited terhadap penambahbaikan amalan privasi dan keselamatan kami secara berterusan.

Pernyataan Privasi ini akan memberi anda maklumat tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi Data Peribadi di Mars, Incorporated dan kumpulan syarikatnya, termasuk anak syarikat dan sekutu (secara kolektif, "Mars," "kami," atau "kita,"), menerusi laman web, produk, aplikasi mudah ahli kami atau laman lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini (secara kolektif, 'Laman").  Pernyataan Privasi ini juga akan digunakan pada data yang telah anda kumpul secara bersemuka, melalui produk kami, dan di mana-mana lokasi kedai atau hospital dan klinik veterinar kami (juga, "Laman") dan apabila anda memohon pekerjaan di Mars. Satu atau lebih cawangan kami menjual francais. Pernyataan Privasi ini tidak tertakluk kepada maklumat yang dikumpul daripada anda di lokasi francais yang dimiliki dan dikendalikan secara bebas.

Kami komited untuk bekerjasama dengan anda bagi menjawab sebarang soalan atau kemusykilan yang timbul dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai soalan umum dan ingin menghubungi pasukan privasi global dan/atau Pegawai Perlindungan Data Mars, sila klik di sini. Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan mengenai data anda dan ingin melaksanakan hak anda di bawah undang-undang berkenaan, sila klik di sini.  Bagi penduduk Amerika Syarikat, untuk melaksanakan hak anda dengan meminta kami untuk tidak menjual, berkongsi, atau menggunakan data peribadi anda untuk pengiklanan bersasar atau untuk mengehadkan penggunaan data peribadi sensitif anda, sila klik "Pilihan Privasi Anda CCPA Opt-Out Icon".  Kami juga mengiktiraf Kawalan Privasi Global untuk pengguna yang menggunakan isyarat tersebut untuk melaksanakan hak privasi mereka. Anda juga boleh membuat permintaan dengan menghubungi 1-844-316-5985, atau dengan menghubungi entiti Mars tertentu yang berurusan dengan anda, termasuk:

  • Banfield Pet Hospital: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 888-899-7071
  • BluePearl Specialty + Emergency Pet Hospital: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 855-900-8444
  • VCA Animal Hospitals: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 844-276-5786.

Bagi penduduk Rusia yang ingin menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkenaan maklumat peribadi, sila hubungi Pasukan Privasi Rusia kami dengan menekan klik di sini.

Pernyataan Privasi ini tertakluk kepada Data Peribadi yang dikumpul atau diproses oleh Mars, Incorporated and kumpulan syarikatnya. Pernyataan Peribadi ini hanya tertakluk sekiranya kami mengumpul Data Peribadi secara bersemuka, melalui laman web, aplikasi mudah alih, e-mel, hospital dan klinik veterinar, media sosial dan laman lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini ("Laman").  Data Peribadi anda termasuklah maklumat atau gabungan maklumat yang boleh digunakan secara langsung ataupun tidak langsung untuk mengecam diri anda ("Data Peribadi").  Ini termasuklah pengecam seperti nama, nombor kad pengenalan, data lokasi, pengecam dalam talian atau faktor-faktor mengenai fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya atau identiti sosial. Dalam sesetengah bahagian, jenis-jenis Data Peribadi tertentu mungkin dianggap sebagai Data Peribadi Sensitif (seperti data geolokasi tepat, data biometrik, asal kaum atau etnik, maklumat kesihatan atau maklumat kewangan). Takrif Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif mungkin berbeza mengikut kawasan. Sekiranya kami mengumpul maklumat yang dianggap sebagai Data Peribadi Sensitif di kawasan anda, kami akan menjaga maklumat sedemikian selaras dengan Pernyataan Privasi ini dan undang-undang tempatan yang berkenaan.   

Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan teliti bagi memahami dasar dan amalan kami berkaitan Data Peribadi anda. Pernyataan Privasi ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda berkenaan sebarang perubahan dengan menyiarkan notis pada laman utama kami selama tempoh yang munasabah dan mengubah tarikh "Kemas Kini Terakhir". Sila semak semula untuk mengetahui kemas kini.

Kami mematuhi undang-undang perlindungan data negeri dan negara dan kami bekerjasama dengan pihak berkuasa perlindungan data.

Jika anda berada dalam bidang kuasa yang mengiktiraf konsep "pengawal data" atau seumpamanya, pengawal data tersebut ialah:

Mars, Incorporated
 c/o: Chief Data Protection and Chief Privacy Officer
Dundee Road
Slough, Berkshire SL1 4LG
 Hubungi: privacy@effem. com

Kami boleh mengumpulkan atau memproses pelbagai kategori Data Peribadi.  Bahagian di bawah ini bertajuk "Apakah kategori Data Peribadi yang kami kumpul dan proses?" mengandungi maklumat mengenai kategori Data Peribadi yang dikumpul dan/atau sama ada kami menjual atau berkongsi Data Peribadi tersebut. Bahagian bertajuk "Pengumpulan Pihak Ketiga & Pembekal Perkhidmatan" mengandungi maklumat tentang mana-mana pihak ketiga yang mengawal pengumpulan Data Peribadi bagi pihak kami. Sila maklum bahawa kesemua pihak ketiga tersebut adalah terikat kepada syarat pemprosesan data dalam pematuhan dengan undang-undang yang berkenaan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan umum atau ingin menghubungi pasukan privasi global atau Ketua Pegawai Perlindungan Data Mars, sila lihat bahagian Hubungi Kami di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan mengenai data anda dan ingin melaksanakan hak anda di bawah undang-undang yang berkenaan, sila klik di sini.  Bagi penduduk Amerika Syarikat, untuk melaksanakan hak anda dengan meminta kami untuk tidak menjual, berkongsi atau menggunakan data peribadi anda untuk pengiklanan bersasar atau untuk mengehadkan penggunaan data peribadi sensitif anda, sila klik pautan "Pilihan Privasi Anda" di bahagian bawah halaman. Kami juga mengiktiraf isyarat keutamaan menarik diri Kawalan Privasi Global dengan lancar. Kawalan Privasi Global tersedia di sini. Kawalan Privasi Global tertakluk kepada peranti dan pelayar individu, oleh itu peranti dan pelayar tambahan mungkin perlu diaktifkan Kawalan Privasi Global.

Kami mengumpul atau memproses pelbagai kategori Data Peribadi sebagai sebahagian daripada proses perniagaan kami. Berikut adalah huraian jenis Data Peribadi yang dikumpul dan diproses selain tempat dan sebab kami mengumpulnya. Kami juga menerangkan sama ada kami "menjual" atau "berkongsi" kategori maklumat peribadi tertentu.  Sebagai rujukan, istilah "jual" bermaksud penukaran maklumat peribadi dengan sesuatu yang mempunyai nilai kewangan atau bukan kewangan.  Mars menggunakan pembekal, seperti penyedia analitik, yang menggunakan maklumat sedemikian untuk menghasilkan "jualan" sebagaimana yang ditakrifkan di bawah undang-undang.  Selanjutnya, kami "berkongsi" maklumat kerana istilah itu secara amnya ditakrifkan untuk merujuk kepada pengiklanan bersasar.

Kategori Data Peribadi : Pengecam

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Nama
· Maklumat hubungan seperti e-mel atau alamat fizikal
· Nama pengguna akaun
Tujuan Perniagaan:
· Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta
· Untuk pendaftaran, peraduan dan promosi
· Untuk berkomunikasi dengan anda, untuk membalas soalan atau komen anda atau untuk memberikan kemas kini dan berita kepada anda
· Untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran serta maklumat lain kepada anda mengenai produk atau kumpulan syarikat kami
· Untuk melaksanakan kontrak dengan anda
· Untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan
· Untuk penyelidikan.
Tujuan Komersial:
· Pengauditan yang berkaitan dengan mengira tera iklan,
· Membantu memastikan keselamatan dan integriti sistem kami
· Penyahpepijatan dan membaiki ralat
· Penggunaan sementara jangka pendek
· Pelaksanaan perkhidmatan bagi pihak Mars
· Menyediakan perkhidmatan pengiklanan dan pemasaran
· Penyelidikan dalaman
· Mengesahkan atau mengekalkan kualiti atau keselamatan ataupun perkhidmatan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan.
· Bergantung pada tempat tinggal, anda mungkin diminta secara langsung untuk memilih menerima komunikasi tertentu daripada kami. Anda sentiasa boleh menarik diri daripada menerima komunikasi daripada kami.
· Dari pihak ketiga seperti broker data atau platform media sosial. Kami mungkin membeli dan menggunakan senarai e-mel yang memilih untuk menyertai bagi menghubungi bakal pelanggan. Kami meminta mereka yang memberikan senarai untuk mengesahkan bahawa maklumat hubungan hanya diberikan kepada mereka yang ingin menerima tawaran dan maklumat melalui e-mel.
· Tertakluk kepada persetujuan anda, kami menjual dan berkongsi pengecam dengan pihak ketiga seperti rangkaian pengiklanan, pembekal analitik data, sistem pengendalian dan platform dan rangkaian sosial untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan.
· Kami mendedahkan pengecam dalam kumpulan syarikat Mars.
· Dengan persetujuan anda, kami mungkin bertukar-tukar nama dan alamat dengan syarikat lain yang menghubungi anda untuk memberikan tawaran melalui surat.

Kategori Data Peribadi : Rekod pelanggan

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Sejarah pembelian
· Maklumat pengebilan dan penghantaran
· Maklumat pembayaran, seperti nombor kad kredit anda
· Data lain tentang transaksi anda dengan kami
· Untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta;
· Untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami
· Untuk melaksanakan kontrak dengan anda
· Untuk pemprosesan Data Peribadi diperlukan untuk penilaian dan penerimaan pelanggan atau pembekal
· Untuk menjamin, mengaudit atau membaiki Laman kami
· Untuk pengiklanan penyelidikan dan pemasaran
· Kami memperoleh maklumat ini secara langsung daripada anda apabila anda membuat pembelian barangan dan perkhidmatan di mana-mana lokasi kedai kami, termasuk hospital dan klinik veterinar atau dalam talian· Tertakluk kepada persetujuan anda, kami menjual dan berkongsi rekod pelanggan.
· Kami berkongsi rekod pelanggan dengan pihak ketiga seperti rangkaian pengiklanan, penyedia analisis data, sistem pengendalian dan platform dan rangkaian sosial bagi tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini, iaitu untuk tujuan pengiklanan bersasar.
· Kami mendedahkan rekod pelanggan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.

Kategori Data Peribadi : Data Komersial

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Maklumat hubungan untuk pekerja rakan kongsi komersial dan pembekal perkhidmatan kami
· Status kredit pelanggan perniagaan kami
· Data tersedia secara umum berkaitan dengan sekatan atau senarai pemantauan
· Untuk menilai dan menerima pelanggan atau pembekal
· Untuk melaksanakan kontrak dengan anda
· Untuk penyelidikan, pengiklanan dan pemasaran
· Secara langsung daripada anda
· Daripada pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti agensi kredit
· Daripada sumber awam
· Kami tidak menjual data komersial.
· Kami berkongsi data komersial dengan pihak ketiga seperti rangkaian pengiklanan, pembekal analisis data, sistem pengendalian dan platform dan rangkaian sosial untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.
· Kami mendedahkan data komersial dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.

Kategori Data Peribadi : Internet atau Aktiviti Rangkaian Lain

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Pengecam peranti dan sistem pengendalian
· Maklumat pelayar
· Alamat IP
· Aktiviti internet, aktiviti media sosial
· Aktiviti di Laman kami
· Untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami
· Untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan
· Untuk menjamin dan membaiki Laman kami
· Untuk penyelidikan, pengiklanan dan pemasaran
· Secara tidak langsung daripada anda (contohnya daripada memerhatikan tindakan anda di Laman kami atau melalui kuki pihak pertama)
· Dari pihak ketiga seperti pembekal analisis data
· Tertakluk kepada persetujuan anda, kami menjual dan berkongsi pengecam dengan pihak ketiga seperti rangkaian pengiklanan, pembekal analitik data, sistem pengendalian dan platform serta rangkaian sosial untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.
· Kami mendedahkan Data Peribadi ini dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan.

Kategori Data Peribadi : Data Profesional atau Berkaitan Pekerjaan

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Sejarah pekerjaan
· Data Peribadi yang diberikan pada permohonan kerja
· Untuk memproses permohonan pengambilan kerja
· Untuk melaksanakan kontrak dengan anda
· Untuk keselamatan, pengauditan, pengambilan pekerja dan penyelidikan
· Secara langsung daripada anda 
· Daripada pihak ketiga (seperti pembekal semakan latar belakang).
· Kami tidak menjual atau berkongsi data profesional atau berkaitan pekerjaan.
· Kami mendedahkan Data Peribadi ini dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.

Kategori Data Peribadi : Inferens daripada Data Peribadi lain

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Data demografi seperti umur, jantina, hobi atau minat· Untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta
· Untuk pengiklanan bagi menyasarkan pengguna yang paling relevan. Dengan cara ini, pengguna akan melihat iklan yang akan menarik minat mereka. Kami menghormati permintaan untuk menarik diri. Untuk maklumat lanjut tentang amalan pengiklanan kami, lihat dasar kami pada pengiklanan berasaskan minat dalam talian.
· Untuk pemprofilan automatik (sila lihat di bawah untuk maklumat lanjut)
· Daripada pihak ketiga, seperti pembekal analisis data atau laman media sosial.
· Secara tidak langsung daripada anda (daripada memerhatikan tindakan anda di Laman kami, termasuk pautan yang anda klik dan data yang anda taip dalam borang dalam talian dan kotak sembang kami
· Dengan persetujuan anda, kami mungkin menggunakan teknologi main semula sesi untuk memantau dan merekod klik dan pergerakan tetikus, ketukan kekunci dan halaman serta kandungan yang anda telah lihat. Sila hentikan penggunaan Laman jika anda tidak bersetuju dengan pengumpulan data sedemikian oleh kami.
· Kami tidak menjual inferens daripada Data Peribadi lain.
· Kami berkongsi dan mendedahkan kesimpulan dalam kumpulan syarikat Mars, dengan pembekal perkhidmatan dan dengan pihak ketiga seperti rangkaian pengiklanan, pembekal analitik data, sistem pengendalian dan platform serta rangkaian sosial untuk tujuan perniagaan dan komersial yang disediakan di sini.

Kategori Data Peribadi : Data Peribadi Sensitif

Contoh Data Peribadi

Tujuan Perniagaan atau Komersial

Kategori Sumber

Adakah data ini dijual, dikongsi atau didedahkan? Kepada siapa ia dijual, dikongsi, atau didedahkan dan apakah tujuannya?

· Geolokasi yang tepat
· Ciri klasifikasi yang dilindungi seperti bangsa, etnik, orientasi seksual atau sejarah jenayah
· Untuk memproses permohonan pengambilan kerja
· Untuk melaksanakan kontrak dengan anda
· Untuk keselamatan, pengauditan, pengambilan pekerja dan penyelidikan
· Untuk menyampaikan pengiklanan yang berkaitan, jika anda membenarkan geolokasi yang tepat melalui tetapan peranti anda.
· Secara langsung daripada anda
· Secara tidak langsung daripada anda (seperti jika anda membenarkan perkhidmatan lokasi apabila menggunakan salah satu aplikasi kami)
· Dari pihak ketiga seperti pembekal semakan latar belakang jika anda memohon kerja dengan kami, atau pihak lain yang bekerjasama dengan kami untuk memproses Data Peribadi anda
· Kami tidak menjual atau berkongsi Data Peribadi Sensitif.
· Kami mendedahkan Data Peribadi yang sensitif dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan pembekal perkhidmatan, seperti apabila anda memohon pekerjaan, dan kami bergantung kepada pembekal perkhidmatan bagi membantu dengan pemeriksaan latar belakang.
· Kami juga mungkin mendedahkan maklumat ini kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga yang lain untuk tambahan, tujuan tertentu yang disediakan pada masa pengumpulan. Anda mempunyai hak untuk mengehadkan penggunaan atau pendedahan Data Peribadi Sensitif anda melalui pilihan "Pilihan Privasi Anda" walaupun ia masih boleh digunakan untuk tujuan yang dipersetujui oleh anda.

Pengekalan: Kami mengekalkan segala kategori Data Peribadi diperlukan sepanjang memenuhi tujuan pemprosesan dan selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

Pilihan Anda: Sila ambil perhatian bahawa anda mempunyai pilihan tentang maklumat yang kami kumpulkan. Apabila anda diminta untuk memberikan Data Peribadi, anda boleh menolak. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk memberikan produk atau perkhidmatan, anda mungkin tidak boleh menggunakan beberapa ciri, produk atau perkhidmatan kami.

Berkongsi dengan keluarga Mars: Kami juga boleh menggabungkan Data Peribadi yang dikumpulkan secara sah oleh syarikat-syarikat dalam kumpulan Mars untuk menghasilkan satu paparan tunggal pelanggan kami, untuk penyelidikan pasaran dalaman dan/atau mengukur keberkesanan kempen kami dan berdasarkan kepentingan sah kami. Hal ini membolehkan kami memahami tempat pelanggan berada merentasi jenama dan bahagian perniagaan kami yang berbeza dalam kumpulan Mars dan akan menyokong kami dalam menambah baik produk dan perkhidmatan kami.

Data Haiwan Peliharaan: Data yang kami kumpulkan mengenai haiwan peliharaan anda – seperti spesies, baka, tarikh lahir atau sejarah rawatan– adalah tidak dianggap sebagai Data Peribadi.

Rakan kongsi pengiklanan dan pihak ketiga kami juga boleh mengumpul data secara automatik apabila anda melawati laman web kami melalui penggunaan kuki. Untuk maklumat mengenai pembekal perkhidmatan yang bekerjasama dengan kami atau pihak ketiga yang membantu dalam pengumpulan, sila lihat Notis Kuki kami di sini.

  • Untuk melindungi kepentingan utama anda. Kami boleh, sebagai contoh, memproses Data Peribadi untuk tujuan kesihatan dan keselamatan sekiranya anda berada di fasiliti Mars atau, bagi pemohon pekerjaan, untuk melanjutkan perjanjian dengan wakil kakitangan dalam sesetengah bidang kuasa, dan untuk melindungi kepentingan awam.
  • Mengikut arahan dan persetujuan daripada anda.
  • Untuk tujuan penyelidikan saintifik.
  • Untuk tujuan lain perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Kami juga mungkin bergantung pada kepentingan sah kami untuk menambah baik amalan perniagaan dan pemasaran. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan perundangan, penyelidikan dan analisis, penggabungan data, kajian klinikal, penilaian diagnosis, rawatan haiwan peliharaan dan tujuan lain seperti yang diterangkan di atas. Apabila kami bergantung pada kepentingan sah kami, kami akan melaksanakan penilaian kepentingan sah bagi memastikan kami mempertimbangkan dan mengimbangi apa-apa kemungkinan impak terhadap hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan sebelum kami menjalankan sebarang pemprosesan data. Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk aktiviti di mana kepentingan kami mengatasi impak ke atas anda, melainkan kami mendapat persetujuan anda ataupun dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Sebagai tambahan kepada perkongsian yang diterangkan di atas, kami mungkin berkongsi atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan yang konsisten dengan Pernyataan Privasi ini dalam keadaan berikut.

  • Dalam Mars dan kumpulan syarikat Mars. Misalnya, untuk menggabungkan Data Peribadi tentang anda yang telah dikumpulkan.
  • Dengan pembekal atau ejen. Kami boleh berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat yang dilantik untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami. Apabila kami berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan data tersebut bagi tujuan lain. Mereka mesti menyimpan Data Peribadi anda secara sulit melainkan atas persetujuan anda.
  • Lokasi Data Peribadi anda mungkin dipindahkan berserta dengan aset perniagaan lain. Dalam kes sedemikian, Data Peribadi juga boleh dikongsi semasa mana-mana proses penilaian dibuat, tertakluk pada syarat-syarat kerahsiaan dan keperluan bukan pendedahan.
  • Apabila kami telah menerima arahan atau persetujuan anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda.
  • Untuk memenuhi perkhidmatan kepada anda.
  • Untuk mematuhi undang-undang atau bertindak balas terhadap proses undang-undang atau permintaan yang sah di sisi undang-undang, termasuk daripada pihak penguatkuasaan undang-undang dan agensi kerajaan.
  • Untuk menyiasat aduan pengguna atau kemungkinan pelanggaran undang-undang, untuk melindungi integriti laman web, untuk memenuhi permintaan anda atau untuk bekerjasama dalam sebarang penyiasatan undang-undang.
  • Untuk melindungi hak atau harta kumpulan syarikat Mars atau pelanggan kami, termasuk menguatkuasakan syarat yang mengawal penggunaan perkhidmatan anda.
  • Untuk bertindak dengan tujuan dan kepercayaan yang tulus bahawa akses atau pendedahan adalah diperlukan untuk melindungi kesihatan dan / atau keselamatan rakan sekerja, pelanggan kami, khalayak umum dan haiwan peliharaan.
  • Untuk menyokong tujuan perniagaan sah yang lain. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan undang-undang, kajian klinikal lanjutan, penilaian diagnosis serta rawatan haiwan peliharaan.

Sila maklum bahawa Laman ini mungkin disertakan pautan atau merujuk kepada laman web pihak ketiga yang mempunyai amalan privasi yang berbeza daripada kami. Jika anda menghantar Data Peribadi kepada mana-mana laman web tersebut, maklumat anda akan dikawal oleh dasar privasi mereka. Kami menggalakkan anda untuk menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda kunjungi. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan laman web pihak ketiga yang dipautkan ke/dari Laman kami mahupun maklumat yang terkandung di dalamnya.

Kami boleh menjual data tanpa nama kepada pihak ketiga serta berkongsi maklumat tanpa nama atau tanpa pengenalan diri sebagaimana dijelaskan di atas. Kami mungkin menggabungkan data tanpa nama atau yang tidak boleh dikenal pasti dengan data yang seumpama dengannya daripada sumber lain. Walau bagaimanapun, kami mengekalkan dan menggunakan segala data yang tidak boleh dikenal pasti dalam bentuk identifikasi semula. Kami tidak bertindak untuk mengenal pastinya semula melainkan untuk memastikan proses identifikasi semula kami berada dalam mematuhi perlindungan data terpakai. Kami juga boleh berkongsi data agregat dan tanpa nama dengan pihak ketiga, termasuk contohnya penasihat, pengiklan dan pelabur untuk analisis perniagaan umum. Contohnya, kami boleh memberitahu bilangan pelawat ke laman Laman dan ciri atau perkhidmatan yang paling popular kepada pengiklan kami. Semua perkongsian di atas adalah tidak termasuk data ikut serta pemula pesanan teks dan persetujuan kerana maklumat ini tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

Apabila anda memohon sesuatu jawatan dalam kumpulan syarikat Mars, kami akan memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini, yang mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Mars menghormati privasi anda dan akan menjaga Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan sebagai maklumat sulit. Kami akan menggunakan dan berkongsi Data Peribadi anda sebagaimana yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini dan juga seperti yang diterangkan di bawah kerana ini adalah berkaitan dengan anda sebagai pemohon pekerjaan.

Data Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda sebagai pemohon pekerjaan

Apabila anda memohon pekerjaan di Mars, kami akan meminta anda untuk memberikan Data Peribadi bagi menilai permohonan anda. Anda juga boleh memilih untuk memberi Data Peribadi tambahan (contohnya, data mengenai hobi dan keutamaan sosial atau Data Peribadi Sensitif seperti bangsa, etnik atau status kurang upaya anda). Semua maklumat diberikan adalah secara sukarela dan anda boleh memilih Data Peribadi yang ingin anda berikan. Sila maklum bahawa jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi yang diminta, kami memiliki keupayaan yang terhad untuk mempertimbangkan anda bagi sesuatu jawatan.

Data daripada pihak ketiga

Kami juga boleh mendapatkan maklumat tentang anda daripada sumber awam mahupun pihak ketiga. Sebagai contoh, untuk mengesahkan maklumat dalam permohonan anda atau menjalankan saringan latar belakang melalui pihak ketiga, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Anda juga boleh memilih untuk memberikan Data Peribadi anda pada laman pihak ketiga seperti LinkedIn, jika berkenaan dalam pasaran anda. Jika anda memilih untuk membenarkan Mars mengakses Data Peribadi ini, anda bersetuju bahawa Mars boleh mengumpulkan, menyimpan dan menggunakan data ini menurut Pernyataan Privasi ini.

Cara Mars menggunakan Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan

 

Mars akan menggunakan Data Peribadi anda untuk memproses permohonan anda termasuk untuk tujuan-tujuan di bawah.

  • Pengambilan pekerja, penilaian dan pemilihan calon pekerjaan
  • Umum, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia
  • Menjalankan kaji selidik kepuasan (contohnya, untuk menguruskan dan menambah baik proses pengambilan pekerja)
  • Mengesahkan rujukan pekerjaan anda, menjalankan semakan latar belakang dan penilaian berkaitan
  • Pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan syarikat (contohnya, untuk memantau kepelbagaian)
  • Berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan permohonan dan minat anda terhadap Mars
  • Peluang kerja pada masa hadapan jika anda membenarkan penggunaan ini

Pemprofilan dan membuat keputusan secara automatik

Mars juga boleh memproses Data Peribadi anda untuk analisis data dan statistik. Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau demi kepentingan Mars, kami boleh menjalankan analisis pengambilan pekerja secara global dan pemantauan kepelbagaian, dengan persetujuan anda dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Anda berhak untuk tidak membenarkan keputusan dibuat tentang anda yang semat-mata berdasarkan pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan sekiranya keputusan tersebut memberikan kesan undang-undang tentang anda atau memberikan kesan yang ketara terhadap anda. Mars tidak membuat keputusan automatik tentang calon-calon mereka sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja.

Dengan siapakah Mars akan berkongsi Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan?

Data Peribadi anda akan dikongsi antara entiti Mars dalam kumpulan Mars dan hanya dengan sekutu Mars yang benar-benar memerlukan data tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab, dan kepada pihak-pihak ketiga dengan keperluan perniagaan yang sah. Pihak-pihak ketiga yang khusus bagi pemohon pekerjaan termasuklah agensi pengambilan pekerja, perunding, penyedia perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan peguam. Penyedia perkhidmatan ini mungkin berubah bergantung pada entiti Mars yang mengambil anda bekerja dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Kami sentiasa memastikan bahawa pihak-pihak ketiga yang  mengendalikan Data Peribadi anda berbuat demikian selaras dengan Pernyataan Privasi ini serta menurut undang-undang yang berkenaan.

Jika anda tidak lagi mahu kami menggunakan maklumat hubungan anda untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan pihak-pihak ketiga Mars, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang diberikan di atas.

Sekiranya kami menghantar e-mel promosi kepada anda, anda juga boleh berhenti melanggan melalui pautan di bahagian bawah e-mel untuk menarik diri daripada e-mel promosi pada masa akan datang. Dalam sesetengah keadaan, dengan mengikuti pematuhan undang-undang yang berkenaan, kami mungkin meminta kebenaran anda sebelum menghantar e-mel promosi. Dengan menolak untuk memberikan persetujuan, anda tidak akan menerima e-mel tertentu daripada kami.

Meskipun anda memilih untuk tidak menerima e-mel promosi, anda mungkin masih menerima e-mel transaksi yang memudahkan, melengkapkan atau mengesahkan transaksi komersial yang telah anda persetujui bersama dengan kami. Ini termasuklah komunikasi tentang kesihatan haiwan peliharaan anda, peringatan janji temu, melengkapkan pendaftaran, pembetulan data pengguna, permintaan penetapan semula kata laluan, pengesahan transaksi, notis penghantaran dan komunikasi lain yang penting bagi transaksi anda dengan kami.

Kami juga mungkin menawarkan pemesejan teks/SMS kepada anda. Dalam sesetengah keadaan, dengan mengikuti pematuhan undang-undang yang berkenaan, kami mungkin memerlukan anda untuk memilih menerima mesej teks daripada kami. Pada bila-bila masa, anda boleh menarik diri daripada menerima mesej teks tertentu daripada kami (selain peringatan janji temu) dengan menghantar teks STOP sebagai balasan kepada sebarang mesej teks.

Melainkan dinyatakan dengan jelas, semua perkhidmatan pemesejan teks ditawarkan kepada anda tanpa caj. Mesej, kadar data dan caj-caj lain mungkin dikenakan. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang caj telefon bimbit yang dikenakan (penggunaan, langganan dsb. ) kerana menggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan kami. Sila rujuk kepada pelan harga penyedia perkhidmatan mudah alih anda untuk menentukan caj bagi menghantar dan menerima mesej teks.

Kebanyakan laman web kami direka bentuk dan khusus untuk kegunaan dewasa. Jika salah satu laman web kami dikhususkan untuk kegunaan khalayak yang lebih muda, kami akan mendapatkan persetujuan daripada salah seorang ibu bapa atau penjaga menurut undang-undang tempatan.  

Untuk maklumat lanjut, sila  baca Tata Etika Pemasaran Mars. Jika anda mengetahui bahawa seorang kanak-kanak telah melanggar dasar ini dengan mendaftar untuk surat berita e-mel, atau sebaliknya memberikan Data Peribadi mereka, sila laporkan kepada kami menggunakan maklumat hubungan di bahagian atas Pernyataan Privasi ini. Jika kami menyedari bahawa seseorang pengguna bawah umur telah memberikan Data Peribadi tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, kami akan menamatkan akaun tersebut dan memadamkan semua Data Peribadi yang diberikan oleh pengguna tersebut setakat yang dibenarkan.

Apakah dasar kami berkenaan dengan pengiklanan berasaskan minat dalam talian?

Sila lihat Notis Pilihan Iklan dan Notis Kuki untuk maklumat terperinci tentang amalan kami mengenai pengiklanan berasaskan minat dalam talian dan penggunaan kuki.

Data Peribadi yang dikumpulkan atau diterima mungkin disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau negara lain di mana pembekal perkhidmatan kami mempunyai kemudahan.

Pelayan dan pangkalan data yang menyimpan Data Peribadi mungkin terletak di luar negara selain di tempat anda mengakses laman web ini dan di negara yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang sama sepertimana negara tempat anda tinggal. Data Peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin dihantar ke luar negara menurut keperluan undang-undang. Kami hanya akan mengumpulkan, memproses dan menggunakan Data Peribadi menurut Pernyataan Privasi ini.

Berapa lamakah kami menyimpan Data Peribadi anda?

Kami mengekalkan dan menyimpan Data Peribadi anda hanya untuk sepanjang kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah dan selaras dengan dasar pengekalan data kami melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Bagaimana pula dengan Data Peribadi yang tersedia secara umum (seperti dalam bilik sembang, papan mesej dan forum interaktif yang lain)?

Kami boleh menawarkan bilik sembang, papan mesej atau buletin atau ruang interaktif di mana pengunjung boleh menyiarkan komen atau maklumat. Jika terdapat bilik sembang, papan mesej atau buletin, peluang rangkaian sosial atau ruang interaktif lain, pastikan anda menyemak peraturan yang disiarkan. Anda akan terikat dengan peraturan yang disiarkan, termasuk Syarat Penggunaan Laman kami. Peraturan penyertaan mungkin menyatakan umur dan sekatan lain, seperti menyiarkan kandungan yang berbentuk cacian, serangan atau hasutan. Apa sahaja yang anda siarkan dalam talian adalah menjadi maklumat awam. Kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang anda siarkan secara sukarela dalam talian. Pengguna perlu berhati-hati semasa mendedahkan Data Peribadi dalam talian.

Penyerahan Hak

 Kami boleh berkongsi atau memindahkan Data Peribadi anda semasa proses penyusunan semula secara langsung atau tidak langsung termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggabungan, pemerolehan, pelupusan, kebankrapan dan penjualan semua atau sebahagian daripada aset kami.  Data Peribadi anda mungkin dikongsikan berikutan penyempurnaan transaksi tersebut dan/atau semasa pemprosesan penilaian belum selesai pemindahan (tertakluk pada syarat-syarat kerahsiaan).  Jika dipindahkan, Data Peribadi anda akan tetap tertakluk pada Pernyataan Privasi ini atau dasar yang, sekurang-kurangnya, melindungi privasi anda pada tahap yang sama seperti Pernyataan Privasi ini melainkan anda bersetuju sebaliknya.

Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?

Kami mengekalkan (dan menghendaki penyedia perkhidmatan kami untuk mengekalkan) langkah-langkah pengendalian dan teknikal yang sesuai untuk melindungi keselamatan  Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa tiada penghantaran data melalui Internet boleh dijamin 100% selamat disebabkan oleh kewujudan risiko penghantaran data. Oleh itu, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan mana-mana data yang anda hantar kepada kami dan anda memahami bahawa sebarang data yang dipindahkan kepada kami adalah dilakukan atas risiko sendiri. Kami mengesyorkan agar anda juga mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi anda. Contohnya, pasang perisian antivirus terkini, tutup pelayar selepas digunakan, rahsiakan maklumat log masuk dan kata laluan anda, dan kemas kini perisian dan aplikasi secara berkala untuk memastikan anda memiliki ciri-ciri keselamatan terkini.

Sekiranya kami dimaklumkan tentang pelanggaran sistem keselamatan, kami mungkin akan cuba menyampaikan maklumat tersebut kepada anda secara elektronik supaya anda boleh mengambil langkah perlindungan yang sewajarnya. Dengan menggunakan Laman atau memberikan Data Peribadi kepada kami, anda bersetuju kami berkomunikasi dengan anda secara elektronik mengenai isu keselamatan, privasi dan pentadbiran yang berkaitan dengan penggunaan Laman oleh anda. Kami akan menyiarkan notis melalui Laman kami jika berlaku pelanggaran keselamatan. Kami juga akan menghantar e-mel kepada anda di alamat e-mel yang anda berikan kepada kami dalam keadaan ini. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak perundangan untuk menerima notis pelanggaran keselamatan secara bertulis. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai langkah keselamatan yang kami gunakan, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bahagian atas Pernyataan Privasi ini.

Pemindahan Antarabangsa bagi Data Peribadi

Jika anda memilih untuk memberikan Data Peribadi kepada kami, kami boleh memindahkan Data Peribadi tersebut kepada sekutu dan anak syarikat atau kepada pihak ketiga, menurut undang-undang tempatan. Kami juga boleh memindahkan Data Peribadi anda merentasi sempadan, dari negara atau bidang kuasa anda ke negara atau bidang kuasa lain menurut keperluan undang-undang. Mars mengutamakan penggunaan Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Kesatuan Eropah untuk pemindahan data daripada Kesatuan Eropah, EEA dan Switzerland menurut keperluan undang-undang. Jika perlu, Mars menggunakan Perjanjian Pemindahan Data Antarabangsa UK untuk pemindahan data dari UK. Untuk pemindahan antara bidang kuasa lain, Mars mungkin bergantung kepada mekanisme undang-undang lain bagi pemindahan antarabangsa, sebagai mana yang sesuai di bawah undang-undang yang relevan.

Bergantung pada tempat tinggal anda, hak-hak yang tersedia mungkin sedikit berbeza. Mars akan bertindak balas terhadap apa- apa permohonan hak menurut peraturan undang-undang tempatan.

Jika anda, atau ejen yang diberi kuasa bertindak bagi pihak anda, ingin: (1) membuat permintaan berkaitan mana-mana hak yang dinyatakan di bawah; (2) membuat rayuan bagi keputusan yang dibuat berkenaan sesuatu permintaan; atau (3) membuat rayuan bagi keengganan kami untuk bertindak dalam masa yang munasabah, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di atas.  Kami mungkin perlu mengesahkan permintaan anda sebelum melengkapkannya. Contohnya, kami mungkin meminta anda untuk mengesahkan data yang kami miliki tentang anda. Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi yang diberikan dalam permintaan untuk mengesahkan identiti pemohon atau kuasa yang diberikan. Sila maklum bahawa kami boleh menolak permintaan daripada ejen yang diberi kuasa yang tidak mengemukakan bukti yang mencukupi bahawa mereka diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak individu lain.

Hak untuk mengetahui atau mengakses

Anda mempunyai hak untuk mendapatkan pengesahan tentang sama ada Data Peribadi anda sedang diproses atau tidak. Jika ya, anda berhak untuk mengakses Data Peribadi dan maklumat lain, seperti tujuan, kategori Data Peribadi, penerima (atau kategori penerima) yang telah atau akan didedahkan Data Peribadi anda kepadanya, untuk penerima tertentu di negara dunia ketiga atau organisasi antarabangsa, jika boleh, jangkaan tempoh Data Peribadi tersebut akan disimpan, atau jika tidak boleh, kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh, hak anda dan sebagainya.

Jika boleh dilakukan dan dibenarkan oleh undang-undang, kami akan memberikan satu salinan Data Peribadi yang sedang diproses. Untuk salinan tambahan, kami mungkin akan mengenakan bayaran yang berpatutan berdasarkan kos pentadbiran. Jika anda membuat permintaan melalui saluran elektronik, dan melainkan sebaliknya diminta, data tersebut akan diberikan dalam bentuk elektronik.

Hak untuk pembetulan, pembaikian dan melengkapkan

Anda mempunyai hak untuk membetulkan, membaiki atau melengkapkan Data Peribadi jika data tersebut tidak tepat atau tidak lengkap.

Hak untuk memadam atau menghapuskan ('hak untuk dilupakan')

Anda mempunyai hak untuk memadam atau menghapuskan Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu. Contohnya, lihat di bawah.

  • Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan data itu diproses
  • Anda menarik balik persetujuan yang menjadi dasar pemprosesan dan kami tidak lagi mempunyai alasan undang-undang yang lain bagi pemprosesan tersebut
  • Anda membantah pemprosesan dan tidak ada alasan sah yang lebih utama untuk pemprosesan
  • Data Peribadi anda telah diproses dengan cara yang salah di sisi undang-undang
  • Data Peribadi anda perlu dihapuskan bagi mematuhi kewajipan undang-undang yang kami tertakluk padanya

Hak ini tidak akan terpakai setakat pemprosesan yang diperlukan untuk tujuan-tujuan di bawah.

  • Untuk menggunakan hak kebebasan bersuara dan maklumat
  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang memerlukan pemprosesan mengikut undang-undang di mana kami tertakluk padanya
  • Untuk pelaksanaan tugas yang dilakukan demi kepentingan awam
  • Untuk tujuan kepentingan awam dari segi kesihatan awam
  • Untuk tujuan pengarkiban demi kepentingan awam, saintifik atau tujuan penyelidikan sejarah atau tujuan statistik
  • Untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang kami

Hak untuk menyekat pemprosesan

Anda boleh mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan atas sebab-sebab di bawah.

  • Anda mempertikaikan ketepatan Data Peribadi anda, untuk jangka masa yang membolehkan kami mengesahkan ketepatan Data Peribadi tersebut
  • Pemprosesan tersebut menyalahi undang-undang dan anda membantah penghapusan Data Peribadi tersebut dan meminta sekatan ke atas penggunaannya  
  • Kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi tersebut untuk tujuan pemprosesan, tetapi diperlukan oleh anda bagi pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang
  • Anda menggunakan hak anda untuk membantah pemprosesan sementara menunggu pengesahan sama anda alasan undang-undang kami mengatasi alasan anda

Hak ke atas kemudahalihan data

Anda boleh mempunyai hak untuk menerima Data Peribadi yang anda berikan kepada kami, dalam format yang berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh komputer. Anda mempunyai hak untuk menghantar Data Peribadi tersebut kepada pengawal lain, jika pemprosesan tersebut berdasarkan persetujuan atau kontrak yang sesuai dan dilaksanakan secara automatik.

Hak untuk membantah

Anda boleh mempunyai hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda, atas alasan yang berkaitan dengan keadaan anda yang tertentu, yang berdasarkan tujuan sah kami. Khususnya, anda boleh mempunyai hak untuk membantah Data Peribadi anda yang digabungkan di seluruh kumpulan Mars atas dasar kepentingan sah. Kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda melainkan kami mempunyai alasan sah yang mendorong pemprosesan tersebut yang mengatasi kepentingan, hak dan kebebasan subjek data atau untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang. Jika Data Peribadi diproses untuk tujuan pemasaran langsung, termasuk pemprofilan, anda boleh membantah pada bila-bila masa.

Hak untuk Menarik Diri daripada Pemprofilan dan Pembuatan keputusan individu secara automatik

Anda mempunyai hak untuk tidak tertakluk pada keputusan yang dibuat semata-mata berdasarkan pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan, melainkan di bawah pengecualian tertentu di bawah undang-undang tempatan.

Hak untuk menarik balik persetujuan

Jika pemprosesan Data Peribadi adalah berdasarkan persetujuan anda, anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan pematuhan undang-undang bagi pemprosesan berdasarkan persetujuan yang diberikan sebelum ditarik balik.

Hak untuk tanpa nama

Anda juga mempunyai hak untuk meminta ketanpanamaan. Ini bermakna Data Peribadi anda tidak akan dikumpulkan atau diproses. Jika anda memilih untuk menggunakan hak ini, kami tidak akan dapat menyediakan barangan atau perkhidmatan yang anda minta.

Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan.

 Hak untuk menarik diri daripada penjualan, perkongsian dan pengiklanan bersasar bagi Data Peribadi anda

Anda boleh mempunyai hak untuk "menarik diri" daripada penjualan atau perkongsian Data Peribadi anda kepada pihak ketiga (atau, bagi pengguna yang berumur di bawah 16 tahun, hak untuk tidak menjual Data Peribadi anda persetujuan penyertaan daripada anda atau ibu bapa anda), atau hak untuk menarik diri daripada penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan pengiklanan bersasar. Untuk menggunakan hak ini, anda boleh menghantar permintaan menggunakan pautan Pilihan Privasi Anda yang disediakan di bahagian bawah. Kami juga mengiktiraf isyarat pilihan untuk menarik diri mengikut Kawalan Privasi Global. Kawalan Privasi Global tersedia di sini. Kawalan Privasi Global tertakluk kepada peranti dan pelayar individu, oleh itu peranti dan pelayar tambahan mungkin perlu diaktifkan Kawalan Privasi Global.

Hak untuk Persetujuan dan/atau Mengehadkan Penggunaan dan Pendedahan Data Peribadi Sensitif Anda

Sekiranya anda seorang penduduk Amerika Syarikat, anda boleh mempunyai hak untuk bersetuju dan/atau mengehadkan penggunaan Data Peribadi Sensitif anda yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan, menyediakan barangan sebagaimana yang diharapkan atau sebagaimana yang diberi kuasa di bawah peraturan yang tertakluk. Untuk menggunakan hak ini, anda boleh memilih pautan Pilihan Privasi Anda di bahagian bawah. Untuk berhenti berkongsi lokasi tepat:

  • Melalui aplikasi mudah alih, sila kemas kini tetapan peranti mudah alih anda;
  • Pada iPhone, pergi ke Tetapan > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > dan pilih apl. Pilih apl > ketik pada "lokasi". Tatal ke bawah dan luncurkan togol "Lokasi Tepat" ke Matikan.
  • Pada Android, pergi ke Perkhidmatan Lokasi > Ketepatan Lokasi Google. Togol Tingkatkan Ketepatan Lokasi kepada matikan.

Hak untuk Tanpa Diskriminasi

Anda mempunyai hak untuk tanpa diskriminasi, untuk menerima perkhidmatan dan harga yang sama rata daripada sesebuah perniagaan, walaupun selepas menggunakan hak anda.

Pendedahan Shine the Light

Undang-undang California membenarkan penduduk California untuk meminta maklumat tertentu berkenaan pendedahan Data Peribadi kami kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka. Untuk membuat permintaan sedemikian, sila letakkan "Shine the Light" di bahagian "Minta Butiran" dalam permintaan anda pada borang di atas atau dalam baris subjek, jika dihantar melalui e-mel.

Harap maklum bahawa terdapat sekatan bagi bilangan kali anda boleh menggunakan beberapa hak ini. Anda boleh melantik seorang ejen yang diberi kuasa untuk membuat permintaan bagi pihak anda. Ejen mestilah menyediakan bukti kebenaran daripada anda. Anda boleh menolak permintaan daripada ejen yang tidak menyerahkan bukti bahawa mereka telah mendapat kebenaran anda untuk bertindak bagi pihak anda.

Metrik

Lihat  di sini untuk metrik berkenaan permintaan Akses, Padam dan Jangan Jual Maklumat Peribadi Saya yang dihantar menurut undang-undang California yang diterima dan dipenuhi (secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya) dan ditolak oleh Mars sepanjang tahun kalendar penuh yang lalu.

Cara Kami Bertindak Balas kepada Pendedahan Jangan Jejaki

Kami berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tetapan pelayar yang meminta agar kami tidak mengesan Data Peribadi anda, tertakluk pada had teknikal; kami mungkin tidak dapat bertindak balas kepada semua tetapan atau isyarat pengguna.

Kami mungkin menawarkan pelbagai insentif kewangan dari semasa ke semasa, mengutamakan permintaan Pengecam dan maklumat hubungan sebagai sebahagian daripada tawaran, walaupun kami juga mungkin meminta maklumat daripada Rekod Pelanggan anda. Syarat-syarat insentif kewangan, termasuk Data Peribadi yang diminta berhubung dengan tawaran akan diberikan kepada anda ketika anda mendaftar untuk insentif kewangan tersebut. Dalam mempertimbangkan tawaran ini, kami mengambil kira perbelanjaan yang berkaitan dengan tawaran dan nilai data anda. Anda boleh menarik diri daripada mana-mana insentif kewangan pada bila-bila masa dengan mengikut arahan yang diberikan.  Untuk tawaran yang melibatkan e-mel anda, anda boleh berhenti melanggan melalui pautan "nyahlanggan" dalam mana-mana e-mel pemasaran yang anda terima.  Untuk tawaran yang melibatkan mesej teks, anda boleh menghantar teks STOP.  Untuk semua tawaran-tawaran lain, anda boleh mengikuti arahan yang diberikan bersama tawaran tersebut.

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini. Jika kami memutuskan untuk menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang berbeza daripada yang dinyatakan ketika data itu dikumpulkan, anda akan diberikan notis. Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Pernyataan Privasi ini dengan versi yang telah diterjemahkan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.